How to prepare aloe bites?

Assalamualaikum wbt.

Post ni dedicated untuk my ex-jiran, Pn. Mona. Dia ni ex schoolmate, ex classmate sampai buat homework add math dekat balcony masa zaman spm. Alkisah, dia nampak post ig, gambar homemade aloe vera bites untuk letak dalam air minuman. Macam air Justea kat kedai tu yg ada aloe vera dalam dia. Ha. Ni la gambar yang menyebabkan hutang lama baru langsai. Pictures was taken back in 2014. Ha bayangkan la lama mana Mona dok request.



Since kat rumah ni pokok lidah buaya @ aloe vera ni sihat tumbuh, Ell dgn ibu buat la dia jadi aloe vera bites sendiri dan sejak tu tak beli lagi kat luar. Mula-mula ada rasa tak yakin pasal cara nak prepare. Then I did some research on how to prepare it, Alhamdulillah jadi and takde kesan sampingan apa-apa pada kami sekeluarga consume aloe vera tu. Kalau nak cuba, silakan lah ye. Tapi hati-hati la handle lidah buaya tu especially masa nak peel kulit dia sebab dia sangat berlendir.

Cara-cara:
1. Siang lidah buaya tu ala-ala siang ikan keli. Eh. Seriously. Nnt dia slimy kan.. Lebih kurang la tu. Nak bersihkan dia, lidah buaya tu kita peel the skin first. Duri-duri dekat kiri kanan, then each sides la. Nak senang peel dr bahagian yg tebal tu.. Peel one shot sampai ke bahagian yg tirus. End result dia ialah isi aloe vera warna putih jernih, akan nampak sikit line serat dia.. Dan sangat berlendir. Letak kat penapis mcm penapis santan ke, penapis sayur ke jangan penapis teh dah la.

2. Cuci bersih-bersih. (eh kalau nak, letak la lendir tu kat muka, ada org yg jadikan tu as beauty remedy diorg. For the first timer maybe ada yang tak tahan gatal dia. Kalau tak tahan or risau akan ada alahan ke, cuci cecepat okay?). Back to aloe vera tadi,  cuci lah beberapa round sampai lendir dia dah tinggal yang licin pada isi tu. Then, cuci lagi satu round dgn garam kasar. Tabur sikit garam kasar,  ramas sikit biar semakin kurang lendir pada isi tu untuk mudahkan kita cut into cubes the aloe vera fleshes tadi. Bilas dengan air.

3. Potong ikut size diingini. Masa first time buat tu, Ell potong mcm size carrot yang frozen vege tu. After few times buat, rasa nak dia jadi big chunks pulak. So, double up the size or ikut la nak besar mana. Lepas tu kena cuci lagi tau sebab akan ada lagi lendir-lendir lepas potong. Buat balik step no. 2 tu.

4. Lepas dah cuci, rebus aloe vera tadi sampai isi dia tak lagi berlendir. Edible ala-ala isi aloe vera yang dalam minuman yang dijual dipasaran. Masa rebus, boleh juga letak gula batu biar manis sikit ada rasa. Hari tu ada letak perahan lemon masa rebus, sedap juga. Ada satu time tu paling malas laaa boleh kata, letak je sunquick.

5. Dah jadi seperti yang diingini tu,  boleh la tapis aloe vera, simpan sikit dgn air rebusan tu. Letak dalam bekas yang boleh ditutup. Cool down kan dia in room temperature dulu before simpan dalam fridge. Siap.

So, next time buat air sirap ke air laici ke eh sukahati la nak buat air apa.. Awak tambah la aloe vera. Sambil minum boleh chew aloe bites tu. Very cooling and refreshing!

P/s: Okay Mona? Kalau dah jadi, hantar sikit kat rumah aku. Bungkus ikat tepi eh. 😁



Yours truly,
Elle 



Comments

Popular posts from this blog

blog baru.

Resepi mudah Choc Rice Cake Kak Emi